Page 99 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 99
Laporan KBS
97
PENCAPAIAN PENGAUDITAN SEPANJANG TAHUN 2023
Sepanjang tahun 2023, BPM telah diberikan tanggungjawab untuk membangunkan aplikasi dan portal
yang melibatkan program-program utama KBS. BPM telah melaksanakan pembangunan Direktori Fasiliti
Sukan yang memberi ruang kepada orang awam untuk mengakses maklumat fasiliti dan kemudahan di
bawah KBS secara dalam talian melalui Portal KBS.
Selain itu, pembangunan aplikasi Geran Padanan Sukan (GPS) dan Dana Sukan Komuniti (DSK) telah
dilaksanakan bagi menyokong KBS dalam memperkukuhkan ekosistem sistem sukan dengan permohonan
GPS dan DSK secara dalam talian.
PENGENALAN MYDIGITAL ID KEPADA WARGA KBS
Pengenalan dan pendaftaran MyDIGITAL ID kepada warga KBS telah diadakan di Lobi Menara KBS pada
22 Disember 2023. Pihak MIMOS Berhad dengan berbesar hati telah hadir ke KBS bagi memberikan
taklimat pengenalan dan membantu warga KBS melaksanakan pendaftaran MyDIGITAL ID di peranti yang
disediakan.
YAB Perdana Menteri semasa lawatan rasmi beliau ke MIMOS Berhad pada 21 November 2023, MIMOS
Berhad telah dilantik sebagai agensi pelaksana program Identiti Pengenalan Digital Malaysia (MyDigital ID).
IDN atau MyDigital yang dilaksanakan oleh MIMOS merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan
diri secara digital yang merujuk sumber tunggal.
MyDigital bakal dimanfaatkan dan dapat memudahkan penjawat awam berurusan secara bersemuka
atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital bagi tujuan pengesahan
identiti semasa melakukan transaksi secara dalam talian dengan selamat, terjamin dan menjimatkan
masa. Ianya merupakan satu bentuk identiti digital yang dipercayai dan selamat serta memperkukuh dan
mempermudah proses pengesahan identiti bagi menjalankan transaksi dalam talian.
KSU bersama warga KBS setelah membuat pendaftaran MyDIGITAL ID

