Rujukan • Soalan Lazim
FAQ
Himpunan soalan lazim berkaitan tuntutan, dokumen, tempoh penyerahan dan proses permohonan DSK. Gunakan carian untuk jumpa jawapan lebih pantas.
11 item
1. Siapa layak menuntut bayaran DSK. Kelayakan tuntutan selepas kelulusan.
Pemohon yang telah menerima emel Surat Kelulusan daripada Sekretariat DSK KBS serta notifikasi status “DILULUSKAN” dalam sistem DSK.
2. Berapa Lama Tempoh penyerahan semula Surat Kelulusan Program dan Surat Akuan Penerimaan. Tempoh masa tindakan selepas surat dikeluarkan.
Pemohon hendaklah mengembalikan Surat Kelulusan Program dan Surat Akuan Penerimaan yang telah ditandatangani dan disaksikan dengan sempurna dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat dikeluarkan.
3. Bagaimana Proses tuntutan bayaran. Langkah asas tuntutan & tempoh.
- Pemohon hendaklah mengisi dan mengembalikan borang pelaporan program yang telah ditandatangani dan disaksikan dengan sempurna bersama butiran resit dan bukti pelaksanaan pelaksanaan program dan dokumen sokongan yang disenaraiakan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas program selesai dilaksanakan.
- Sebarang kelewatan daripada tarikh tersebut tidak akan dilayan dan pembayaran tidak akan diproses.
4. Apakah dokumen – dokumen yang diperlukan bagi tuntutan pembayaran Senarai dokumen & peratus tuntutan.
Pemohon yang berjaya hendaklah mengemukakan:
Surat Kelulusan Program Bantuan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Borang Akuan Penerimaan (salinan asal) yang ditandatangani / cop rasmi persatuan dalam tempoh empat belas (14) hari secara serahan tangan.
Bagi tuntutan pembayaran baki 30%, pemohon hendaklah mengemukakan
Surat Kelulusan Program Bantuan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Borang Akuan Penerimaan (salinan asal) yang ditandatangani / cop rasmi persatuan dalam tempoh empat belas (14) hari secara serahan tangan.
Bagi tuntutan pembayaran baki 30%, pemohon hendaklah mengemukakan
- Surat Tuntutan Pembayaran beserta resit rasmi yang disahkan oleh penganjur.
- Laporan komprehensif bergambar beserta bukti-bukti pelaksanaan termasuk timbal balas (deliverables) yang dipersetujui bersama di dalam Surat Kelulusan/ Akuan Terimaan;
- Perincian perbelanjaan sebenar beserta dokumen sokongan (resit/ baucar/ penyata bank asal – perlu cop persatuan dan tandatangan setiap helaian) sebagai bukti penganjuran program telah dilaksanakan dengan jayanya; dan
- Pihak Kewangan KBS berhak membayar tuntutan yang kurang daripada jumlah yang diluluskan sekiranya resit yang dikemukakan untuk bayaran tuntutan balik kurang daripada jumlah yang diluluskan.
- Laporan perlu dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas program selesai dilaksanakan.
5. Dokumen Laporan perbelanjaan, untuk tujuan tuntutan. Format ringkas & contoh nilai.
Pemohon hendaklah menghantar laporan/butiran kewangan keseluruhan program.
Contoh:
Nilai Permohonan : RM40,000.00
Nilai Kelulusan DSK : RM20,000.00
Contoh:
Nilai Permohonan : RM40,000.00
Nilai Kelulusan DSK : RM20,000.00
6. Penyerahan Akuan Terimaan dan dokumen – dokumen tuntutan. Alamat & kaedah serahan.
Dokumen asal tersebut hendaklah dikemukakan secara serahan tangan atau pos ke alamat seperti di bawah:
SEKRETARIAT DANA SUKAN KOMUNITI
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 2, Menara KBS
No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
*salinan tidak dipertimbangkan.
SEKRETARIAT DANA SUKAN KOMUNITI
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 2, Menara KBS
No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya
*salinan tidak dipertimbangkan.
7. Pendaftaran e - VENDOR Keperluan eVendor / iGFMAS.
Semua pemohon hendaklah mendaftar eVENDOR di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara untuk proses penerimaan bayaran.
Bagi pemohon yang telah berdaftar, pemohon hendaklah mengemukakan salinan slip Maklumat Vendor iGFMAS
Bagi pemohon yang telah berdaftar, pemohon hendaklah mengemukakan salinan slip Maklumat Vendor iGFMAS
8. Siapakah Saksi dokumen (Akuan Terimaan) Peranan individu sebagai saksi.
Saksi bagi tandatangan dokumen adalah individu daripada kelab/persatuan tersebut (Pengerusi / Naib Pengerusi / Setiausaha / Bendahari / AJK / Ahli Persatuan sendiri ).
9. Siapakah yang boleh mengesahkan Salinan Dokumen Sokongan Saksi & pengesahan dokumen.
Saksi bagi tandatangan dokumen adalah individu daripada kelab/persatuan tersebut (Pengerusi / Naib Pengerusi / Setiausaha / Bendahari / AJK / Ahli Persatuan sendiri ).
10. Siapakah yang boleh mengesahkan Laporan Pelaksanaan Program Pegawai pengesah & agensi berkaitan.
Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) atau mana-mana pegawai pemantau termasuklah Agensi Kerajaan yang terlibat dengan sesuatu program tersebut.
11. No. Perhubungan. Hubungi sekretariat jika perlukan bantuan.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor telefon dan emel seperti berikut:
No. telefon 03-88713585
Emel : sekretariatdsk@kbs.gov.my
No. telefon 03-88713585
Emel : sekretariatdsk@kbs.gov.my
Perlukan bantuan lanjut? Hubungi Sekretariat DSK.