Tanggungjawab Pemohon — Dana Sukan Komuniti (DSK)
Dana Sukan Komuniti — permohonan dalam talian.
03 8871 3585 /3632 sekretariatdsk@kbs.gov.my
Garis Panduan • DSK KBS

Tanggungjawab Pemohon

Rujuk tanggungjawab semasa program berlangsung, selepas program, serta tuntutan dokumen dan pembayaran.

Semasa Program Berlangsung

Rujuk panduan rasmi DSK
Pematuhan syarat

Pemohon hendaklah memastikan pelaksanaan dan penganjuran program mengikut syarat-syarat dan terma yang telah dipersetujui bersama.

Hebahan/penjenamaan

Pemohon hendaklah meletakkan logo KBS dan logo Rakan Muda dalam penganjuran program sukan yang diluluskan. Pemohon boleh merujuk Garis Panduan Penggunaan Logo KBS dan Logo Rakan Muda yang boleh diakses di laman sesawang KBS;

Media sosial

Pemohon hendaklah memuatnaik gambar atau video pelaksanaan program di dalam media sosial dan meletakkan tanda pagar #dskkbs2026 #kbsmalaysia #rakanmuda;

Pemohon tidak dibenarkan menggunakan atau memaparkan logo parti politik pada bahan promosi atau hebahan program;

Rekod penyertaan

Pemohon perlu menyimpan rekod peserta/penglibatan program untuk tujuan semakan dan pelaporan.

Pemantauan

Pihak sekretariat akan membuat pemantauan berkala bagi memastikan setiap syarat yang telah ditetapkan sentiasa dipatuhi oleh pihak penganjur.

Selepas Program Berlangsung

Ikut tempoh yang ditetapkan
Laporan lengkap

Pemohon hendaklah mengemukakan laporan komprehensif bergambar mengikut format yang disediakan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas program selesai seperti dalam syarat dan terma yang dipersetujui bersama di dalam Surat Kelulusan/ Akuan Terimaan;

Mencapai Sasaran

Pemohon hendaklah memastikan penganjuran program memenuhi kualiti dan jangkaan KBS termasuk mencapai sasaran yang dikehendaki; dan

Dokumen sokongan

Pemohon hendaklah melengkapkan dokumen tuntutan seperti yang disenaraikan dalam Perkara 9 Garis Panduan DSK.

Dokumen dan Pembayaran

Susun ikut checklist
Garis Panduan Tuntutan

Dokumen & bukti pelaksanaan

  • Dokumen & Bukti Pelaksanaan Penyaluran dana kelulusan dibuat seperti berikut :

    Penyaluran dana di peringkat Kementerian bagi semua kelulusan adalah secara penuh (100%) termasuk program profil di peringkat Kementerian atau Negeri; dan

    Penyaluran dana di peringkat Negeri bagi semua kelulusan adalah secara penuh (100%) termasuk program profil di peringkat Negeri.

  • Akuan Terimaan beserta syarat dan terma yang dipersetujui bersama;

  • Laporan perlu dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas program selesai dilaksanakan beserta senarai nama peserta;

  • Laporan komprehensif bergambar beserta bukti-bukti pelaksanaan termasuk timbal balas (deliverables) yang dipersetujui bersama di dalam Surat Kelulusan/ Akuan Terimaan;

  • Perincian perbelanjaan sebenar beserta dokumen sokongan (resit/ baucar/ penyata bank asal – perlu cop persatuan dan tandatangan setiap helaian) sebagai bukti penganjuran program telah dilaksanakan dengan jayanya; dan pihak Kewangan KBS berhak membayar tuntutan yang kurang daripada jumlah yang diluluskan sekiranya resit yang dikemukakan untuk bayaran tuntutan balik kurang daripada jumlah yang diluluskan;

  • Memuat naik video pelaksanaan program berdurasi 1- 2 minit - link drive upload akan disediakan (bagi program yang mempunyai impak tinggi);

  • Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab perlu berdaftar dengan sistem E-Vendor;

  • Perlu mengemukakan sijil pendaftaran persatuan yang telah disahkan oleh jabatan/ agensi kerajaan;

  • Perlu mengemukakan salinan pengesahan penerimaan MYKB/ MYKD tahun sebelum yang telah dihantar;

  • Perlu mengemukakan penyata bank konvensional Persatuan yang terkini (penyata mesti sama dengan maklumat yang dikemaskini di dalam sistem E-Vendor);

  • Perlu mengemukakan senarai jawatankuasa terkini Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab bagi tahun semasa;

  • Lampiran minit kelulusan menyatakan nama-nama penerima bantuan yang telah diluluskan;

  • Lampiran Kelulusan dan Akuan Terimaan.

Nota: Sila kekalkan kandungan asal yang lengkap (you boleh paste semua point asal di sini) — layout ini cuma bagi nampak kemas & premium walaupun text heavy.

Dokumen dan semakan
Simpan dokumen & bukti untuk semakan.
Pembentangan dan kelulusan
Sedia untuk semakan/pembentangan jika diperlukan.
© 2026 Dana Sukan Komuniti (KBS). Hak cipta terpelihara.
Dibangunkan oleh UPKP/BPM

Please publish modules in offcanvas position.