DSK — Syarat Permohonan
Portal rasmi Dana Sukan Komuniti — permohonan dalam talian.
03 8871 3585 / 3632 sekretariatdsk@kbs.gov.my
Garis Panduan • Syarat • 2026

Syarat
Permohonan

Rujuk syarat-syarat permohonan DSK KBS di bawah.

Kategori Pemohon

Ringkasan syarat kelayakan berdasarkan kategori pemohon & keperluan pelaksanaan program.

Syarat Permohonan — Kategori

Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab yang berdaftar dengan PJS dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di bawah KBS dan telah menghantar Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) atau Maklumat yang Kena Diberi (MYKD) bagi tahun 2024 atau 2025 adalah layak untuk memohon;

Permohonan peringkat Kementerian dibuka kepada Persatuan/ Pertubuhan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berstatus peringkat Kebangsaan sahaja;

Permohonan peringkat Negeri dibuka kepada Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan (PJS), Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berstatus peringkat Negeri/ Daerah/ Komuniti.

Bagi penganjuran program peringkat Daerah/ Kelab/ Komuniti, pemohon tidak perlu mendapatkan sanksi, walau bagaimanapun digalakkan membuat caruman insuran sebagai perlindungan kepada peserta;

Bagi penganjuran program peringkat Negeri, pemohon perlu mendapatkan sanksi dari Persatuan Sukan Kebangsaan;

Walau bagaimanapun, bagi penganjuran pertandingan/ perlumbaan yang berisiko perlu mendapatkan sanksi daripada Persatuan Sukan Negeri/Kebangsaan yang berdaftar dengan PJS;

Penganjuran program untuk memperkenalkan sukan atau meningkatkan kemahiran asas peserta dalam sesuatu sukan yang dikenali sebagai Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) dengan syarat berikut:

  • Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan(PJS) ;
  • Latihan taktikal sukan / Kemahiran sukan;
  • Pelaksanaannya secara teori dan praktikal;
  • Dilaksanakan secara bersiri (minimum 3 siri);
  • Tidak melibatkan peruntukan untuk penginapan;
  • Program mesti menggunakan penjenamaan “KLAS” di bawah JBSN;dan
  • Permohonan di peringkat negeri sahaja.

Kelayakan & Penolakan

Kelayakan Pemohon

Pemohon perlu mengemukakan salinan sijil pendaftaran yang sah serta memuat naik ke dalam sistem dokumen-dokumen bukti tersebut semasa membuat permohonan.

Baki minima dalam penyata akaun bank pemohon adalah mengikut peringkat Persatuan/ Kelab/ Pertubuhan iaitu RM500.00 bagi peringkat negeri dan RM100.00 bagi peringkat daerah.

Permohonan yang tidak dipertimbangkan

Berdaftar selain di bawah PJS/ ROY dan ROS;

Pemohon yang telah digantung atau dibatalkan pendaftarannya atau yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan masing-masing (MYKB/ MYKD);

Pemohon yang pernah diluluskan Dana Sukan KBS namun tidak menghantar Laporan Pelaksanaan Program.

Permohonan daripada entiti atau organisasi politik;

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat;

Program sukan yang sedang berlangsung atau telah tamat;

Menjalankan perniagaan/ aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan;

Entiti yang telah disenarai hitam atau diisytiharkan bankrap oleh pihak Kerajaan;

Bertentangan dengan undang-undang atau dasar-dasar Kerajaan semasa, menyentuh sensitiviti atau menjejaskan keharmonian rakyat, komuniti serta menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam;

Penganjuran sukan yang terlibat dengan mana-mana individu/organisasi yang menjalankan perniagaan/aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan, termasuk minuman keras, berasaskan tembakau, rokok elektronik, perjudian atau berunsur seksual;

Syarikat, Yayasan, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan;

Penganjuran Acara Antarabangsa;

Butiran perbelanjaan yang tidak diperincikan (contoh: Makan Minum RM15.00 x 30 orang x 2 hari = RM900.00);

Permohonan program atas nama yang sama; dan

Program yang berbentuk bengkel, ekspo, konvensyen dan seumpamanya.

Permohonan DSK KBS

Langkah permohonan, maklumat yang perlu disertakan, dokumen muat naik, serta jadual jendela permohonan.

Proses & Keperluan Permohonan
  • Permohonan boleh diisi secara dalam talian yang boleh dicapai di pautan yang disediakan di laman sesawang KBS;
  • Permohonan dalam talian perlu disertakan bersama maklumat berikut:

Permohonan rasmi

Permohonan rasmi menggunakan kepala surat rasmi (letterhead).

Maklumat pemohon

  • Peringkat Pelaksanaan
  • Nama Persatuan/ NGO
  • Alamat
  • Jenis Pendaftaran
  • No Pendaftaran Persatuan/ NGO
  • Tarikh Pendaftaran Persatuan/ NGO
  • Nama Akaun Bank Persatuan/ NGO
  • Nombor Akaun Persatuan/ NGO
  • Nama Pemohon
  • Jawatan dalam Persatuan/ NGO
  • No Tel. Pejabat
  • No Tel. Bimbit
  • Emel

Maklumat program

  • Nama Program
  • Jenis Acara Sukan
  • Tarikh Program
  • Lokasi Program
  • Negeri Lokasi
  • Kos Program
  • Perincian Perbelanjaan
  • ROI / Faedah: Nilai Pulangan (RM), Nilai Penajaan (RM), Bil Penyertaan/Peserta, Bil Pengunjung/Penonton, Lain-lain
  • Ringkasan Program

Dokumen muat naik

  • Kertas kerja lengkap
  • Salinan sijil pendaftaran dan yang berkaitan
  • Senarai Jawatankuasa Persatuan/ Pertubuhan/ Kelab
  • Salinan Pengesahan Penghantaran MYKB/ MYKD bagi tahun 2024 atau 2025
  • Penyata Akaun Bank Terkini
  • Slip eVendor/ iGFMAS

Perincian penting: Keputusan Jawatankuasa Pelulus adalah MUKTAMAD dan segala rayuan tidak akan dipertimbangkan. Tempoh pelaksanaan program yang diluluskan adalah sehingga 31 Oktober 2025 dan sebarang pelanjutan selepas tarikh tersebut adalah TIDAK DIBENARKAN.

Perkara tambahan

  • Perincian perbelanjaan (perlu jelas setiap butiran perbelanjaan);
  • Senarai terimaan bantuan daripada pihak lain (jika ada);
  • Kertas cadangan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
  • Penganjur boleh dihubungi untuk pembentangan (sekiranya perlu) sebelum dibawa ke Jawatankuasa Teknikal & Pelulus;
  • Jawatankuasa Pelulus berhak membuat semakan semula/pindaan garis panduan dari semasa ke semasa;
  • Jawatankuasa Pelulus berhak meluluskan permohonan di luar jendela;

Jendela permohonan

Permohonan melalui talian akan dibuka sebanyak empat (4) peringkat bermula pada 15 Disember 2025. Butirannya adalah seperti berikut:

Jendela Permohonan Ditutup Tarikh Program Tarikh Keputusan
Jendela 1 31 Disember 2025 15 Feb – 31 Oktober 2026 15 Jan
Jendela 2 28 Feb 2026 15 April – 31 Oktober 2026 15 Mac
Jendela 3 15 April 2026 15 Jun – 31 Oktober 2026 15 Mei
Jendela 4 1 Julai 2026 1 Sept – 31 Oktober 2026 31 Jul
© 2026 Dana Sukan Komuniti (KBS). Hak cipta terpelihara.
Dibangunkan oleh UPKP/BPM

Please publish modules in offcanvas position.