Page 8 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 8
Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
6
PIAGAM PELANGGAN KBS
1 Memaklumkan keputusan permohonan bantuan aktiviti yang
dikemukakan oleh pertubuhan belia/badan sukan dalam
tempoh tiga (3) hari dari tarikh mesyuarat.
2 Meluluskan pendaftaran pertubuhan belia dalam tempoh
lima (5) hari dengan syarat permohonan memenuhi garis
panduan yang ditetapkan.
3 Meluluskan pendaftaran badan sukan dalam tempoh tujuh (7)
hari dengan syarat memenuhi garis panduan yang ditetapkan.
4 Memaklumkan keputusan permohonan kemasukan ke IKBN/
IKTBN dalam tempoh tiga (3) minggu selepas permohonan
ditutup.
5 Menjelaskan tuntutan bayaran dalam tempoh empat belas
(14) hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah
lengkap.
6 Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh satu (1) hari
bekerja dan memberikan maklum balas aduan dalam tempoh
tiga (3) hari.