Page 34 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 34

Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
      32


                                                           YB Hannah Yeoh juga memberi jaminan bahawa
                                                           aktiviti di peringkat negeri akan diberi kebebasan
                                                           mengikut hala tuju  masing-masing, namun KBS
                                                           akan sentiasa memantau untuk memastikan
                                                           semuanya berada di landasan yang betul.

                                                           Beliau turut menekankan pentingnya Rakan
                                                           Demokrasi, dengan tujuan mendidik belia tentang
                                                           hak  mengundi  dan  kepentingan  demokrasi.
                                                           Kementerian Belia dan Sukan juga berkomitmen
                                                           untuk bekerjasama dengan rakan strategik seperti
                                                           FoodPanda, Grab, Lazada, dan Shopee untuk
                                                           menjayakan program ini.

                                                           Dengan langkah baru ini, Program Rakan Muda
                                                           diharapkan  dapat terus relevan dan berkesan
                                                           dalam membentuk generasi masa  depan yang
                                                           cemerlang.
                                                           Sehingga 31 Disember 2023, seramai 1,112,334 orang
                                                           telah menyertai dan mendapat manfaat dari 4,132
                                                           jumlah program Rakan Muda yang dilaksanakan
                                                           melalui 10 gaya hidup Rakan Muda. Program ini
                                                           akan diteruskan bagi memastikan belia MADANI
                                                           kalis dengan segala  cabaran dan pembaharuan
                                                           masa depan.
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39