Page 36 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 36

Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
      34












































          YB Hannah Yeoh juga menambah,  “Senarai ini
          mungkin berubah apabila kejohanan kelayakan
          ke Paris 2024 bermula. Semua ini tertakluk
          kepada keputusan jawatankuasa RTG dan
          pemantauan berkala.”

          Bajet dan Pelan Program
          Mesyuarat  rasmi   pertama   jawatankuasa   ini
          berlangsung pada 6 April 2023, dan antara topik
          perbincangan termasuk bajet, keperluan atlet,
          dan status kemajuan mereka. YB Hannah Yeoh
          mengumumkan      bahawa   jawatankuasa   telah
          meluluskan bajet besar berjumlah RM6.9 juta untuk
          RTG. Selain itu, setiap atlet juga akan menerima
          elaun khas sebanyak RM3,000 sebulan, di luar bajet
          Program Podium.

          Program RTG ini dirancang sebagai usaha
          berterusan dalam pembangunan atlet, dengan
          fokus utama  pada Olimpik  Paris 2024, dan  akan
          diteruskan untuk Olimpik Los Angeles 2028. KBS
          berharap melalui program ini, Malaysia akan berjaya
          meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas.
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41