Page 39 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 39
Kisah Kejayaan KBS
37
KISAH KEJAYAAN #4
KLAS RENANG
Percuma Buat
Golongan B40 dan
Warga Emas.
“Kira-kira 500 kes lemas melibatkan kanak-kanak
dilaporkan setiap tahun.”
Fakta ini dibentangkan oleh YB Hannah Yeoh,
Menteri Belia dan Sukan ketika menggulung
perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan
2023 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu
di Dewan Rakyat pada awal 2023.
Sehubungan dengan itu, KBS mengumumkan
pelaksanaan kelas renang percuma di beberapa
negeri terpilih. Program Kemahiran Latihan Asas
Sukan: Renang (KLAS Renang) ini dijalankan secara
percuma untuk rakyat Malaysia terutamanya
kanak-kanak.
Kelas renang yang disasarkan khusus untuk
golongan B40 ini mendedahkan kepada kumpulan
sasar mengenai teknik asas berenang yang
mampu menyelamatkan nyawa. Ia juga dapat
meningkatkan ilmu peserta tentang kaedah
berenang yang betul dan selamat. Kelas ini juga
bertujuan membantu para peserta mengatasi
ketakutan di dalam air.
Program KLAS Renang Fasa 1 yang bermula PESERTA JUMLAH PESERTA JUMLAH
pada Mei 2023 mendapat reaksi positif daripada
golongan sasar. Seramai 739 peserta dalam
kalangan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun 20 40
melengkapkan pembelajaran dan latihan renang
sepanjang program ini berlangsung. Secara purata, 4 - 6 Tahun Warga emas
90% daripada mereka menguasai kemahiran asas
berenang terutamanya pembinaan keyakinan di
dalam air (water confidence) dan pelbagai teknik 859 20
kemahiran renang. Selain itu, 200 peserta projek
rintis Program KLAS renang ini juga diperluaskan 6 - 12 Tahun OKU
kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU)
di lokasi terpilih di Johor dan Negeri Sembilan. JUMLAH KESELURUHAN: 939
Program ini turut mendapat kerjasama strategik Semoga usaha ini dapat memperkasa hasrat KBS
dengan Allianz Malaysia Berhad, Nestle Products dalam membudaya dan merakyatkan sukan selaras
Sdn. Bhd., Decathlon (M) Sdn. Bhd. dan Pos Malaysia dengan aspirasi di bawah Visi Sukan Negara 2030
Berhad. (VSN 2030) dan kerangka Malaysia MADANI.

