Page 38 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 38

Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
      36


          Program ini bukan sekadar pertandingan tarian,
          tetapi juga bertujuan untuk mendidik belia Malaysia
          tentang semangat kerja berpasukan, ketabahan,
          mengejar  kecemerlangan,  dan  perpaduan.  Ia
          sesuai dengan objektif untuk merayakan rakyat
          Malaysia berumur antara 10 hingga 40 tahun dari
          pelbagai latar belakang etnik dan sosial, sambil
          memperkenalkan jenama Rakan Muda yang
          baru. Selain itu, program ini juga berhasrat untuk
          mencungkil bakat belia yang berpotensi mewakili
          Malaysia di pentas antarabangsa.
          Battleground Malaysia: Road to Gold adalah
          pertandingan sukan tarian  ‘street dance’ terbesar
          di Malaysia. Dalam rancangan ini, penari-penari
          terbaik negara akan berentap di atas pentas yang
          sama. Ada empat kapten tarian terkenal yang akan   Rancangan ini dihoskan oleh Sherry Alhadad,
          memilih  pasukan  mereka,  masing-masing  terdiri   Dennis Yin, dan Saint TFC dalam tiga bahasa,
          daripada 10 penari terbaik berdasarkan kemahiran   manakala Zizan Razak, pelawak dan penyanyi
          menari. Kapten-kapten ini adalah pemenang pingat   rap terkenal, bertindak sebagai juri tetap. Setiap
          emas Sukan SEA acara Breaking, Lego Sam; wakil   minggu, Zizan akan dibantu oleh juri jemputan lain.
          Malaysia ke Sukan SEA, Khenobu; ahli kumpulan    Menurut Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah
          muzik 3P, Danny Lee; dan juara Astro Battleground   Yeoh, “Breaking adalah sukan terbaru yang akan
          2010 & 2011, Seven. Setiap kapten akan menguji   diperkenalkan di Sukan Olimpik Paris 2024. Dengan
          kemahiran penari mereka melalui pelbagai cabaran   Battleground Malaysia: Road to Gold, kementerian
          menarik.
                                                           komited untuk membantu penari-penari berbakat
                                                           dengan memantapkan kemahiran mereka dan
                                                           mencari lebih ramai bakat untuk mewakili Malaysia
                                                           di pentas antarabangsa, termasuk Sukan Olimpik.”
                                                           Pada  malam  kemuncak  Battleground  Malaysia:
                                                           Road to Gold yang diadakan pada 3 November 2023,
                                                           Team Danny muncul sebagai juara dan membawa
                                                           pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.
                                                           Naib Johan dimenangi oleh Team Legosam dengan
                                                           hadiah RM30,000, manakala Team Seven mendapat
                                                           tempat ketiga dengan RM25,000 dan trofi. Dalam
                                                           kategori individu, Kayllash Thiagarajan, atau Kay
                                                           dari  Team  Danny,  dinobatkan  sebagai  juara  dan
                                                           meraih RM25,000 serta trofi.
                                                           Grand finale ini berlangsung di Pusat Konvensyen
                                                           Antarabangsa Putrajaya dan dirasmikan oleh YB
                                                           Hannah Yeoh bersama timbalannya, YB Adam Adli.
                                                           Turut  hadir ialah  Ketua Setiausaha KBS,  YBhg.  Ts.
                                                           Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

                                                           KBS berharap  Battleground Malaysia: Road to
                                                           Gold akan menjadi platform yang hebat untuk
                                                           mencungkil dan memperkasa bakat belia Malaysia.
                                                           Dengan peluang, mentor, dan latihan daripada
                                                           pakar profesional, diharapkan generasi baru atlet
                                                           Malaysia  akan  bersinar  di  pentas  dunia.  Program
                                                           seperti ini sememangnya wajar diteruskan bagi
                                                           mendekati belia, terutama di kawasan luar bandar.
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43