Page 42 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 42

Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
     40

                   1          TEMASYA SUKAN SEA KE-32


                              KEMBOJA 2023






































          Temasya Sukan SEA ke-32 di Kemboja berlangsung
          dari 5 hingga 17 Mei 2023, melibatkan kontinjen
          Malaysia yang terdiri daripada 677 atlet (403 wanita
          dan 274 lelaki) serta 237 pegawai. Malaysia telah
          meraih 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa.
          Strategi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kali
          ini adalah untuk memberikan peluang kepada
          atlet pelapis untuk menyertai Sukan SEA. Dari
          keseluruhan  677  atlet, 65% atau  440 adalah  atlet
          yang baru beraksi di temasya ini.

          Sumbangan Pingat

          Sukan olahraga menjadi penyumbang terbesar,
          mengumpulkan 19 pingat (5 emas, 3 perak, dan
          11 gangsa). Selain itu, sukan pencak silat, karate,
          dan acara terjun masing-masing menyumbang
          4 pingat emas, sementara taekwondo membawa
          pulang 3 pingat emas.
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47