Page 43 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 43
Pencapaian KBS
41
Kejayaan Atlet Muda
Beberapa kejayaan menonjol dicapai oleh atlet
muda yang menyertai Sukan SEA buat pertama
kali:
■ Umar Osman, 20 tahun, memecahkan
rekod kebangsaan 22 tahun dalam acara
400 meter lelaki dengan catatan masa
46.34 saat.
■ Ng Jing Xuen, seorang atlet berusia 15
tahun, meraih pingat emas dalam sukan
golf setelah mengalahkan pemain Thailand,
pemenang Kejohanan Amatur Pasifik.
■ Lee Yiat Qing, penerjun muda berusia 15
tahun, menunjukkan prestasi cemerlang
dengan meraih emas dalam penampilan
sulungnya.
■ Dalam sukan pencak silat, atlet seperti
Muhammad Izzul Irfan, Muhammad
Danial Azray, Azrol, dan Norsyakirah
Muksin juga menyumbang 3 pingat emas.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh,
menyatakan, “Kami akan meneliti data yang
ada selepas temasya ini untuk mengenal pasti
atlet cemerlang. Kami ingin menilai sama ada
kejayaan mereka disebabkan oleh jurulatih,
latihan luar negara, atau faktor lain. Untuk
sukan yang berjaya, kami akan meningkatkan
dana bagi pembangunan sukan tersebut.”
Dengan pencapaian ini, kontinjen Malaysia telah
menunjukkan potensi besar dan komitmen
dalam pembangunan sukan, terutamanya bagi
atlet muda.

