Page 57 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 57

Pencapaian KBS
                                                                                                             55

                    9            KOD SUKAN SELAMAT:

                                 MEWUJUDKAN PERSEKITARAN

                                 SUKAN YANG SELAMAT DAN

                                 BERINTEGRITI


































            Kod Sukan Selamat yang dibangunkan oleh
            Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah
            inisiatif  penting  yang   menyediakan    garis
            panduan mengenai persekitaran sukan yang
            selamat. Ia bertujuan menekankan peranan dan
            tanggungjawab semua pihak dalam menangani
            sebarang bentuk gangguan dan penderaan dalam
            sukan. Selain itu, kod ini juga berfungsi untuk
            memperkukuh aspek integriti  dalam tadbir urus
            badan sukan serta ekosistem sukan negara secara
            keseluruhan.
            Berlandaskan konsep MADANI, Kod Sukan Selamat
            menjanjikan   kelestarian  sosial  yang  kukuh.
            Masyarakat yang mapan secara sosial, berfungsi
            secara  demokratik,  dan  mampu  memberikan
            impak positif kepada mutu kehidupan adalah
            antara  objektif utama  kod ini.  Kod ini dilancarkan
            pada 15 Mac 2023 di Menara KBS.
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62