Page 62 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 62
Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
60
“Program ini menyasarkan belia yang
berhasrat untuk menjalani latihan
industri, pencari kerja, dan golongan
yang telah bekerja tetapi tidak
mempunyai tempat untuk menginap.
Saya harap ia akan menggalakkan lebih
ramai belia memperoleh motivasi untuk
mendapatkan pekerjaan, khususnya
yang datang daripada luar bandar,
dengan kadar yang murah,”
kata YB Hannah Yeoh kepada sidang media selepas
melancarkan program tersebut.
Dengan pelancaran Y-Capsule, Kementerian Belia
dan Sukan menunjukkan komitmennya untuk
menyokong golongan muda dalam mengatasi
cabaran perumahan dan memudahkan mereka
dalam mencapai matlamat kerjaya.

