Page 58 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 58
Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
56
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh,
menyatakan,
“Kod sukan ini memberi tafsiran
kepada jenis salah laku yang berlaku
dalam sukan berpandukan kepada
garis panduan antara bangsa dan
undang-undang tempatan. Kita yakin
perincian kepada kod salah laku ini
akan meningkatkan pengetahuan
dan kesedaran masyarakat terhadap
gangguan dan penderaan dalam
sukan.”
Dengan pelancaran Kod Sukan Selamat, KBS
berharap agar semua pihak dapat berganding
bahu untuk memastikan persekitaran sukan
yang lebih selamat, inklusif, dan berintegriti
bagi semua individu yang terlibat.

