Page 61 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 61
Pencapaian KBS
59
11 YOUTH CAPSULE: SOLUSI
PENGINAPAN TERJANGKAU
UNTUK BELIA
Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan
program Youth Capsule (Y-Capsule)
@IYCResidence pada 13 September 2023, dengan
harga penginapan yang sangat berpatutan, iaitu
RM10 sehari. Inisiatif ini ditujukan kepada belia
yang sedang menjalani latihan industri, pencari
kerja, atau mereka yang bekerja tetapi tidak
mempunyai tempat tinggal.
Pusat Belia Antarabangsa (IYC), sebagai agensi
yang bertanggungjawab, menyediakan 54 katil
lengkap dengan set kelengkapan tidur, termasuk
selimut, bantal, sarung bantal, dan cadar. Fasiliti
ini juga dilengkapi dengan kemudahan tandas
dan bilik mandi, ruang pantri, peralatan memasak
bersama seperti peti sejuk, periuk nasi, dan dapur
induksi. Selain itu, terdapat juga kemudahan dobi
layan diri berbayar, ruang rehat, dan ruang seterika.
Inisiatif ini diharapkan dapat membantu belia
dalam usaha mencari pekerjaan dan menjalani
latihan industri dengan lebih mudah dan selesa.

