Page 6 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 6
Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
4
PENGENALAN
SEJARAH KBS
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada
tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai hal
ehwal belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah
dipindahkan ke Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama
berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang,
maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut,
Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah Kementerian Penerangan dan
pada masa sama ditubuhkan Bahagian Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena
Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian
Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan
Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di
bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan
perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu
Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan
dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan
Sukan.
VISI
Membentuk Malaysia yang lebih sejahtera, makmur dan bersatu
melalui pembangunan belia dan pembudayaan sukan.
MISI
Memacu kemajuan belia dan sukan secara holistik untuk
memenuhi aspirasi negara.