Page 7 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 7
Memperkasakan Belia Merakyatkan Sukan
5
TERAS STRATEGIK
Pemerkasaan Belia
Dalam memperkasakan anak muda, suara anak muda akan diberi ruang dalam
menentukan hala tuju dan perancangan organisasi, potensi belia akan digilap
sepenuhnya dan diiktiraf. Kepimpinan anak muda diasuh dalam melahirkan
belia bertaraf global dan menyantuni komuniti.
Kualiti Kesejahteraan Hidup
Meningkatkan tahap kelangsungan hidup dan kesejahteraan menjadi
matlamat utama setiap individu, tidak terkecuali belia, kerana mereka
merupakan kumpulan yang berpotensi mempengaruhi masa depan
sesebuah negara. Sehubungan itu, beberapa faktor harus diambil kira
seperti tahap pendidikan, kesihatan dan sumber pendapatan mereka. Maka
tahap kelangsungan hidup dan kesejahteraan mereka perlu diberi perhatian
sewajarnya.
Penciptaan Pekerjaan
Pasaran kerja kini lebih bersifat dinamik ekoran perubahan pesat dalam
penggunaan teknologi terkini dan kepelbagaian keperluan oleh majikan.
Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai isu dalam pasaran kerja dan
dirumitkan lagi oleh prestasi ekonomi negara semasa yang agak sederhana.
Penciptaan peluang pekerjaan baharu yang perlahan dilihat tidak senada
dengan limpahan graduan dalam pasaran kerja. Justeru, KBS dalam usaha
mencipta peluang pekerjaan dan medium yang sesuai untuk generasi muda.
Memperkasa Tadbir Urus
Bagi memperkasa tadbir urus, KBS telah melaksanakan beberapa inisiatif
antaranya dengan mengamalkan tadbir urus yang baik & berintegriti. KBS
telah melancarkan Pelan Integriti KBS antaranya menggariskan perolehan
yang telus (Open Tender), penempatan Pegawai SPRM di KBS, melaksanakan
program auditing, pengisytiharan harta Menteri dan Pegawai Pejabat Menteri
dan akhir sekali memuktamadkan Corruption Risk Management (CRM)
dengan kerjasama SPRM.