Page 93 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 93

Laporan KBS
                                                                                                             91




                                           BAHAGIAN PEMBANGUNAN





            Bahagian Pembangunan (BPN) mempunyai seramai 26 orang pegawai dan kakitangan yang diterajui oleh
            Setiausaha Bahagian (Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54). Fungsi Bahagian Pembangunan seperti
            berikut:

            Merancang, melaksana, menyelia dan memantau projek/ program pembangunan yang diluluskan di
            bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dengan mematuhi garis panduan dan pekeliling serta
            peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
            i)  Unit Pentadbiran
                   ■  Mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan pejabat.
                   ■  Mengurus hal ehwal perjawatan dan sumber manusia.
                   ■  Mengurus sistem rekod aset dan fail.
                   ■  Mengurus permohonan kenderaan.
                   ■  Mengurus Pesanan Kerajaan Bahagian.
                   ■  Mengurus dan menyelaras Pelan Operasi Latihan (POL) Bahagian.
                   ■  Mengurus pelaksanaan mesyuarat Bahagian
            ii)  Unit Kewangan
                   ■  Menyelaras maklumat kewangan dengan agensi seperti Kementerian Kewangan Malaysia (MoF),
                   Jabatan Akauntan Negara (AG) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU, JPM).
                   ■  Mengurus urusan kewangan projek/ program di bawah Peruntukan Pembangunan Tahunan.


            PRESTASI PERBELANJAAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KBS DI BAWAH  ROLLING PLAN KETIGA
            (RP3) RMKE-12

            Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan KBS Bagi Tahun 2023
            Pada tahun 2023, sebanyak 228 projek telah diluluskan merangkumi 189 projek sambungan dan 39 projek
            baharu. Sehingga 31 Disember 2023, prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan (DE) KBS adalah
            sebanyak RM 379,022,421.41 atau bersamaan dengan 97.84 peratus. Prestasi Perbelanjaan Peruntukan
            Pembangunan sehingga 31 Disember 2023 adalah seperti berikut:

                                                                               Belanja (RM) &
                      Peruntukan Dipinda (RM)         Sekatan (RM)
                                                                             Peratus Belanja (%)
                          RM 423,401,210.00         RM 36,000,000.00      RM379,022,421.41 (97.84%)
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98