Page 89 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 89

Laporan KBS
                                                                                                             87




                                              BAHAGIAN KEWANGAN





            Bahagian Kewangan merupakan salah satu Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Kementerian Belia
            dan Sukan (KBS) yang bertanggungjawab menguruskan perbelanjaan di bawah Peruntukan Mengurus
            Kementerian berpandukan perancangan tahunan dan peraturan-peraturan kewangan yang berkuat
            kuasa. Bahagian ini juga berperanan dalam memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada semua
            aktiviti dan program yang dijalankan oleh Kementerian bagi memastikan pelaksanaannya teratur, cekap,
            berkesan dan berintegriti. Bahagian ini diterajui oleh Pegawai Tadbir Diplomatik (Setiausaha Bahagian)
            dengan kekuatan seramai 27 perjawatan tetap dan seorang MySTEP.

            Fungsi Bahagian Kewangan seperti berikut:
                ■ Mengawasi  dan  menyelaras   pelaksanaan,      ■ Menyelaras urusan perolehan (tender dan
                perjalanan dan kecekapan Bahagian Kewangan.      sebutharga) bekalan dan perkhidmatan bagi
                ■ Menyelaras penyediaan Anggaran Belanjawan      Kementerian, Jabatan, Bahagian dan Agensi di
                Tahunan B.45 bagi Kementerian, Bahagian dan      bawahnya.
                Jabatan                                          ■ Bertanggungjawab   menguruskan    hal-hal
                ■ Menguruskan  pembayaran     dan    aktiviti    berkaitan hasil dan deposit Jabatan, Bahagian
                kewangan  dan  akaun  bagi  ibu  pejabat         dan Agensi di bawahnya.
                Kementerian di bawah Bajet Mengurus, Akaun
                Kumpulan Wang Amanah dan Akaun Amanah



            PENCAPAIAN

            Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Mengurus B.45
            KBS telah diluluskan peruntukan Belanja Mengurus (B.45) sebanyak RM621,098,300.00. Prestasi belanja
            mencapai sasaran 100% selepas penyelarasan oleh Kementerian Kewangan (MOF) melibatkan lebihan
            belanja sebanyak RM3,641,400.00 bagi pembayaran Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 dan Bantuan
            Khas Kewangan. Prestasi ini tidak mengambil kira perbelanjaan sebanyak RM32 juta melalui Surat Kuasa
            Berbelanja  (SKB)  bagi pembayaran  Yuran  Hak Penganjuran Acara  Sukan MotoGP 2023 oleh  Sepang
            International Circuit Sdn. Bhd.

            Prestasi belanja keseluruhan selepas penyelarasan MOF adalah seperti berikut:

                                             Peruntukan Kemas     Belanja Bersih*
                       Program                    Kini (RM)            (RM)            %         Baki (RM)
             Pengurusan                         77,786,020.00       77,785,704.35    100.00        315.65
             Pembangunan Belia dan Sukan       359,078,440.00      359,078,022.87    100.00        417.13
             Program Khusus                     181,443,100.00     181,442,346.40    100.00       753.60

             One-Off                            2,790,740.00        2,790,649.56     100.00        90.44
                      Keseluruhan              621,098,300.00      621,096,723.18     105.15      1,576.82
                                   * Jumlah belanja bersih tidak mengambil kira SKB sebanyak RM32 juta.
                                              Jadual 1: Prestasi Perbelanjaan
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94