Page 88 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 88

Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
      86


          Majlis Sanjungan Bakti, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2023
          Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Majlis Sanjungan Bakti yang
          diadakan  pada  16  Oktober  2023  bertempat  di  Hotel  Everly,  Putrajaya.  Majlis  meraikan  pegawai
          perkhidmatan awam yang bersara merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh KBS sebagai tanda
          penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti yang diberikan sepanjang perkhidmatan, khususnya
          di KBS. Sejumlah 37 orang pegawai yang telah bersara di Kementerian pada tahun 2023 telah diraikan
          dalam majlis ini. YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah hadir bagi menyempurnakan majlis
          tersebut. Turut hadir, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian serta
          pengurusan tertinggi Kementerian yang bersama-sama meraikan pegawai-pegawai yang bersara.
































            Sesi bergambar pegawai-pegawai yang diraikan bersama YB Menteri dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia dan Sukan
























                          YBhg. Dato’ Ahmad Shapawi bin Ismail, mantan Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara
                            menerima sijil penghargaan daripada YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93