Page 90 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 90
Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
88
Pengurusan Pembayaran
Bahagian Kewangan juga bertanggungjawab memproses bil dalam tempoh 14 hari di peringkat PTJ
Menara KBS. Jumlah keseluruhan bil yang telah diproses adalah seperti berikut:
BULAN BILANGAN BIL NILAI BIL (RM)
Januari 170 30,453,937.96
Februari 232 12,454,448.14
Mac 279 34,589,593.91
April 297 38,927,165.68
Mei 263 46,181,969.50
Jun 368 8,789,829.91
Julai 314 5,896,248.49
Ogos 351 23,604,287.23
September 380 143,333,126.05
Oktober 448 11,143,025.85
November 512 2,528,891.54
Disember 400 6,650,282.64
Jumlah 4,014 364,552,806.90
Jadual 3: Pembayaran Bil, Tahun 2023
Sehingga 31 Disember 2023, Bahagian Kewangan telah berjaya menyelesaikan 100% pembayaran bil-bil di
bawah 14 hari.
Pengurusan Perolehan
Bahagian Kewangan melalui Cawangan Perolehan juga bertanggungjawab untuk memastikan
pengurusan perolehan dilaksanakan dengan cekap dan mematuhi tatacara kewangan yang berkuat
kuasa. Selain itu, peranan Bahagian ini merupakan medium perantara bagi segala urusan perolehan
seperti memberi khidmat nasihat, bantuan dan sokongan dalam memastikan pengurusan perolehan
diuruskan dengan cemerlang. Secara keseluruhan, Bahagian Kewangan telah berjaya melaksanakan
perolehan melalui Sistem ePerolehan melibatkan nilai perolehan sebanyak RM137,544,116.11.
KAEDAH PEROLEHAN BIL PEROLEHAN NILAI PEROLEHAN (RM)
Pembelian Terus 874 9,052,862.06
Sebut Harga 6 1,442,707.88
Tender Terbuka 50 123,048,546.17
Rundingan Terus 1 4,000,000.00
Jumlah 931 137,544,116.11
Jadual 4: Perincian Kaedah dan Nilai Perolehan Tahun 2023

