Page 116 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 116
Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
114
→ Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
Sebuah program bertaraf antarabangsa (diberi mandat oleh The Duke of Edinburgh’s International
Award Foundation) yang mengiktiraf remaja berumur 14-24 tahun dalam aktiviti yang menyumbang
kepada pembentukan personaliti dan keterampilan pelajar ILKBS. Objektif ARPRM:
■ Menyediakan diri remaja menghadapi cabaran ke arah kematangan diri dan penyerlahan potensi.
■ Membentuk pembangunan remaja secara holistik melalui penyertaan dan pengiktirafan dalam
aktiviti seimbang di bawah 4 komponen
■ Memupuk semangat kesukarelaan serta mengiktiraf sumbangan remaja dalam aktiviti
kemasyarakatan.
■ Meningkatkan potensi kepimpinan remaja sebagai pemimpin elit muda
5,585 2,847
orang orang
Bilangan Penyertaan Pelajar Dalam APRRM Bilangan Pentauliahan Pelajar Dalam ARPRM

