Page 114 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 114
Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
112
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KEMAHIRAN BELIA
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) bertanggungjawab menyelia kesemua 22 buah Institusi
Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). ILKBS merangkumi 8 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
(IKTBN), 13 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan sebuah Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).
ILKBS memberi latihan kemahiran meliputi Tahap satu (1) hingga Tahap lima (5) di bawah Sijil Kemahiran
Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.
ILKBS telah diperkenalkan pada 22 November 2016 sebagai satu inisiatif penjenamaan semula bagi
menyatukan kesemua institusi latihan kemahiran di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Penjenamaan ini dibuat setelah mengambil kira keperluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
atau TVET yang dilihat kian mendapat tempat di dalam agenda pembangunan negara ketika ini.
Fungsi Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia seperti berikut:
■ Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia melalui pelbagai pendekatan.
■ Melahirkan Tenaga Mahir Dan Separa Mahir bagi memenuhi keperluan Negara
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi BPKB/ILKBS https://ilkbs.my atau
mengikuti laman media sosial ILKBS.
95.92% 2,019.00 17,275
RM
Peratus Kebolehpasaran Pelajar ILKBS Purata Pendapatan Lepasan ILKBS Belia dan Pekerja Industri Menerima Manfaat
Latihan TVET di ILKBS pada Tahun 2023
PENCAPAIAN UTAMA TVET KBS
Pecahan seperti berikut:
(a) Pelajar Sepenuh Masa: 10,045 orang
(b) Kursus Jangka Pendek:
(i) Skills for Life: 2,772 orang
(ii) Program Bootcamp: 412 orang
(iii) Program STAR@U: MyFuture Youth Plus: 647 orang
(iv) Program Kampus Bandar Raya ILKBS Johor (ICC Johor): 1,275 orang
(v) Kursus Modular (Akaun Amanah): 1,957 orang
(vi) Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN): 105 orang
(vii) Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas: 62 orang

