Page 111 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 111
Laporan KBS
109
Bengkel Semakan Semula Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
Bengkel Semakan Semula Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) Peringkat KBS telah diadakan pada 31
Oktober 2023 bertempat di Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Bukit Jalil. Bengkel dengan kerjasama
Unit Integriti (UI) PSM ini telah disertai seramai 49 orang pegawai focal integriti di peringkat bahagian,
jabatan, dan agensi di bawah KBS. Tujuan semakan semula ini dibuat adalah untuk menyemak semula
serta mengesyorkan inisiatif CRM terkini, yang perlu ditambahbaik setelah tempoh lima (5) tahun.
Objektif pelaksanaan Bengkal Semakan Semula
CRM adalah sebagaimana berikut:
■ Mengenalpasti risiko rasuah dan kelemahan
governans dalam organisasi;
■ Mengukuhkan kerangka pencegahan rasuah;
dan
■ Menggalakkan budaya berbincang isu-isu
rasuah secara profesional dalam organisasi.
Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat
Kementerian Belia dan Sukan Tahun 2023
Bulan Integriti Nasional disambut pada bulan
November setiap tahun bertujuan untuk memupuk Bengkel Semakan Semula Pelan Pengurusan Risiko Rasuah
kesedaran dan juga sebagai inisiatif berterusan (CRM) Peringkat KBS
dalam membudayakan integriti serta memupuk
nilai-nilai murni ke arah pemerkasaan agenda
integriti dan tata kelola baik di Malaysia.
Pada tanggal 31 Oktober 2023, YBhg. Tan Sri Dato’
Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara
telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan
Integriti Nasional. Bagi menyuarakan komitmen
serta kesungguhan KBS dalam mendukung hasrat
untuk menjadikan ‘Malaysia Negara Berintegriti,
pelbagai program bersempena Sambutan Bulan
Integriti secara fizikal dan dalam talian telah
dilaksanakan sebagaimana berikut: Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti Peringkat KBS
Bil. Program Tarikh Penyertaan
Kuliah Integriti KBS:
1. “Penerapan Maqasid Syariah Dalam 3 November 2023 617 orang
Integriti, Nilai dan Rohani”
Hebahan Mesej Ucapan Sambutan Hari
2. 5 November 2023 -
Integriti Nasional
Bicara Integriti Khas:
3.
“Integriti Citra Malaysia Madani”
6 November 2023 1,173 orang
Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti
4.
Peringkat KBS

