Page 105 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 105

Laporan KBS
                                                                                                             103









                                    UNIT ANTI-DOPING MALAYSIA
                                                    (ADAMAS)


            Pada tahun 2003, Kerajaan Malaysia telah         Sehingga    kini,  Unit  Anti-Doping   Malaysia
            menandatangani  Deklarasi Copenhagen terhadap    (ADAMAS) terus komited dan bertanggungjawab
            anti-doping  dalam  sukan  bagi  menzahirkan     di  dalam  melaksanakan  fungsi-fungsinya  dengan
            komitmen terhadap usaha menangani gejala         misi memelihara integriti sukan bebas daripada
            penggunaan  bahan  terlarang  dalam  sukan.      doping dan tekun berusaha ke arah mewujudkan
            Deklarasi ini telah dipersetujui oleh pelbagai   persaingan yang adil, sihat serta memartabatkan
            kerajaan termasuk Kerajaan Malaysia di  Second   semangat kesukanan yang tulen dalam kalangan
            World Conference on Doping in Sport yang telah   atlet serta  secara tidak langsung memastikan
            diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 2003.   negara tidak tersenarai sebagai  non-compliance
                                                             state dengan sentiasa patuh kepada  World Anti-
            Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri   Doping Code 2021 dan  UNESCO International
            telah menandatangani Konvensyen Paris pada       Convention Against Doping in Sport.
            28 November 2006 dan mula berkuat kuasa pada
            1 Februari 2007 sekali gus menjadikan Malaysia   Fungsi ADAMAS seperti berikut:
            sebagai negara kedua di Asia yang mengiktiraf        ■ Bertanggungjawab  dalam    pembangunan
            Konvensyen ini selepas Republik Rakyat China.        dan pelaksanaan program pendidikan secara
            Justeru  itu,  sebuah   Organisasi  Anti-Doping      komprehensif;
            Kebangsaan (NADO) perlu ditubuhkan di negara
            yang telah menandatangani penerimaan WADA            ■ Bertanggungjawab dalam pelaksanaan ujian
            dan konvensyen Paris agar negara penandatangani      anti-doping yang menyeluruh di semua
            dapat membanteras gejala  doping di peringkat        peringkat;
            negara masing-masing.                                ■ Menjalinkan hubungan kerja yang kukuh di
                                                                 peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
            Konvensyen ini menyediakan rangka kerja undang-      ■ Penyelarasan    pengecualian      kepada
            undang yang membolehkan  kerajaan  menangani         penggunaan    Teraputik;  dan   Konsultansi
            masalah  doping secara spesifik yang berada di       Pengurusan Keputusan bagi kes-kes positif di
            luar domain komuniti atau badan sukan. Ini dapat     dalam doping;
            membantu mengiktiraf peraturan, dasar dan garis
            panduan  anti-doping  global  untuk  menyediakan
            persekitaran pertandingan yang adil dan saksama   PROGRAM DAN AKTIVITI
            kepada semua atlet.
                                                             Seminar/ Taklimat Pendidikan Anti-Doping 2023
            Susulan daripada penerimaan kod dan konvensyen
            tersebut, pada tahun 2006, sebuah agensi         Seminar Pendidikan  Anti-Doping telah dirancang
            yang bertindak sebagai NADO Malaysia telah       sebanyak 10 program pada tahun 2023 yang akan
            diwujudkan untuk menjalankan program  anti-      melibatkan 800 orang penyertaan peserta dari
            doping negara dan diletakkan secara pentadbiran   Persekutuan/Persatuan Sukan Kebangsaan. 20
            di Institut Sukan Negara (ISN) yang dinamakan    program telah dapat dilaksanakan dengan jumlah
            Unit Anti-Doping Malaysia. Pada 24 Oktober 2008   penyertaan 605 orang peserta dari Atlet dan
            KBS selaku kementerian yang bertanggungjawab     Kumpulan Sokongan Atlet Persekutuan/ Persatuan
            telah membuat keputusan untuk memindahkan        Sukan Kebangsaan. Seminar/ taklimat pendidikan
            fungsi ADAMAS dari ISN ke KBS bagi mengelakkan   ini dilaksanakan juga kepada atlet-atlet Negara
            sebarang konflik kepentingan di peringkat ISN.   yang mewakili negara ke Kejohanan Sukan Asia 2023
                                                             Selain dariapada itu, terdapat juga penglibatan dari
                                                             atlet rekreasi yang melibatkan taklimat pendidikan
                                                             asas anti-doping.
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110