Page 107 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 107

Laporan KBS
                                                                                                             105


            2023 Asean+ Doping Control Officer Symposium
            Program ini telah dianjurkan pada 23 – 24 Ogos 2023 dengan kehadiran seramai 160 peserta Pegawai
            Kawalan Doping dari negara-negara ASEAN termasuk negara Jepun dan Korea Selatan. Program ini berjaya
            mencapai objektifnya iaitu membuktikan komitmen Malaysia sebagai sebuah negara yang menyokong
            amalan budaya bersukan yang bersih dan adil, melalui inisiatif memantapkan barisan Pegawai Kawalan
            Doping di peringkat serantau selaras dengan  World Anti-Doping Code dan piawaian antarabangsa,
            menyediakan platfom latihan berbentuk teori dan praktikal di samping berkongsi ilmu dan penemuan
            terkini di dalam aspek teknikal pengujian, penyiasatan serta tanggungjawab Pegawai Kawalan Doping
            di peringkat antarabangsa dan memberikan nilai tambah, ilmu dan pengetahuan kepada para Pegawai
            Kawalan Doping dalam membantu merealisasikan hasrat ke arah sukan bebas doping.
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112