Page 108 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 108

Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
     106




                                               UNIT AUDIT DALAM





          Unit Audit Dalam KBS telah ditubuhkan pada tahun 1995 selaras dengan kehendak PP Bil. 2 Tahun
          1979 iaitu Pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian/Jabatan Kerajaan. Seterusnya, fungsi Audit Dalam
          telah dikemas kini melalui PP Bil. 9 Tahun 2004. Pelaksanaan pengauditan telah disesuaikan dengan
          perkembangan dan perubahan peranan Audit Dalam, khususnya dalam memberi khidmat perundingan
          dan menambah nilai kepada organisasi selaras dengan penguatkuasaan PP PS 3.1 (Pelaksanaan UAD di
          Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri). UAD juga merupakan sebahagian daripada
          komponen kawalan dalaman Kementerian dan bertanggungjawab terus kepada KSU KBS.
          Fungsi  Unit  Audit  Dalam  ialah  membantu  organisasi  mencapai  matlamat melalui pendekatan  yang
          sistematik dan berdisiplin dalam menilai dan menentukan keberkesanan proses kawalan dan tadbir urus.

          AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

          Sesi Perkongsian Isu-Isu Kewangan, Kementerian Belia Dan Sukan
          Sesi Perkongsian Isu-Isu Kewangan anjuran Unit Audit Dalam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan
          kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Unit Integriti Dan Unit
          Komunikasi Korporat telah diadakan pada 12 April 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Podium A Menara
          KBS. Objektif sesi perkongsian ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai di
          setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat Kos (PK) mengenai isu-isu dalam pengurusan kewangan
          yang dijalankan oleh Unit Audit Dalam dan isu-isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara dalam
          Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). Selain itu, sesi perkongsian ini juga melibatkan taklimat khas
          kewangan daripada Unit Integriti, KBS.
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113