Page 110 - LAPORAN TAHUNAN KBS 2023
P. 110
Laporan Tahunan Kementerian Belia dan Sukan 2023
108
UNIT INTEGRITI
Fungsi Unit Integriti seperti berikut:
Seksyen Pengukuhan Integriti, Pengurusan Aduan Dan Pentadbiran
■ Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan maklumat mengenai salahlaku jenayah
serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
■ Melaksanakan mesyuarat Jawatankuasa Menilai Aduan (JMA)
■ Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksaan integriti dalam organisasi
Seksyen Tadbir Urus Dan Pematuhan
■ Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan
■ Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa..
■ Merangka, mengkoordinasi, memantau dan bertindak sebagai urus setia induk Jawatankuasa Anti-
Rasuah (JAR) Kementerian bagi memastikan objektif JAR tercapai.
■ Merancang dan melaksanakan pemantauan (Naziran) serta mengawal selia dalam aktiviti Tadbir Urus
dan Pematuhan KBS.
■ Bekerjasama dengan agensi dalaman KBS dari aspek mengkoordinasikan kempen gaya kerja
berintegriti di dalam pengurusan dan pentadbiran di setiap organisasi di bawah Kementerian.
PROGRAM DAN AKTIVITI
Kajian Tinjauan Pengetahuan, Kesedaran dan
Kefahaman Warga KBS Terhadap Hebahan
Integriti
Unit Integriti (UI) KBS telah mengadakan Kajian
Tinjauan Pengetahuan, Kesedaran dan Kefahaman
Warga KBS Terhadap Hebahan Integriti pada 30
Januari hingga 28 Februari 2023 secara atas talian
melibatkan warga KBS dipelbagai peringkat. Pihak
UI merakamkan setinggi penghargaan kepada
seluruh warga KBS di atas maklum balas yang
diberikan dalam menjayakan kajian tinjauan ini.
Tujuan tinjauan ini dilaksanakan adalah untuk
melihat tahap penerimaan dan keberkesanan
hebahan integriti yang telah dijalankan sepanjang
tahun 2022.
Infografik Tinjauan Pengetahuan, Kesedaran
dan Kefahaman Warga KBS terhadap
Hebahan Integriti

