Piagam Pelanggan
Memaklumkan keputusan permohonan bantuan aktiviti yang dikemukakan oleh pertubuhan belia/badan sukan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh mesyuarat.
Meluluskan pendaftaran pertubuhan belia dalam tempoh lima (5) hari dengan syarat permohonan memenuhi garis panduan yang ditetapkan dan lengkap.
Meluluskan pendaftaran badan sukan dalam tempoh empat belas (14) hari dengan syarat memenuhi garis panduan yang ditetapkan.
Memaklumkan keputusan permohonan kemasukan ke IKBN / IKTBN dalam tempoh tiga (3) minggu selepas permohonan ditutup.
Menjelaskan tuntutan bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.
Memastikan setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal dalam tempoh (5) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.