KBS

Sejarah Kementerian Belia dan Sukan

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia.

Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan.

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama kementerian ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sehingga tahun 1987, apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah kementerian lain, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan sehingga kini.

KBS terus memainkan peranan penting dalam membangunkan potensi belia dan memperkukuh ekosistem sukan negara.
Menara KBS
1953 Permulaan sejarah pembangunan belia negara
1964 KBS diwujudkan sempena Hari Belia Negara
1972 Nama kementerian ditukar kepada Kebudayaan, Belia dan Sukan
1987 Kembali kepada nama Kementerian Belia dan Sukan

Please publish modules in offcanvas position.