Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi JBSN yang dijalankan secara PERCUMA bagi mengurangkan kadar kematian akibat lemas. Inisiatif ini telah dilancarkan pada 13 Mei 2023 dengan hasrat mendedahkan kumpulan sasar kepada teknik asas berenang yang mampu menyelamatkan nyawa serta meningkatkan ilmu peserta tentang kaedah berenang yang betul dan selamat serta mengatasi ketakutan dalam air.

Bagi edisi 2023, program KLAS Renang telah berjaya dijalankan dengan penglibatan peserta seramai 6,646 orang di seluruh negara yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun dalam kalangan keluarga B40, golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Semoga usaha ini dapat memperkasakan lagi hasrat KBS di dalam membudaya dan merakyatkan sukan selaras dengan aspirasi di bawah Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) dan kerangka Malaysia MADANI.

Please publish modules in offcanvas position.