Inisiatif Sukan

Team MAS

Kempen sokongan nasional untuk menyemarakkan semangat rakyat Malaysia bersama atlet negara.

KBS

Team MAS

Team MAS merupakan jenama kebangsaan yang diketengahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk mewujudkan gerakan nasional bagi menyokong atlet negara di semua temasya sukan termasuk Sukan Olimpik Paris 2024 yang bermula pada bulan Julai.

Dengan membawa tema “Kita Semua Team MAS”, kempen ini diharapkan menjadi tanda sokongan dan penyuntik semangat kepada atlet yang layak untuk berjuang di pentas antarabangsa dan membawa kejayaan buat negara.

Semangat Malaysia

Mengangkat semangat kebangsaan sebagai tanda sokongan rakyat kepada kontinjen dan atlet negara.

Sokongan Atlet Negara

Menjadi penyuntik semangat kepada atlet yang membawa cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.

Kita Semua Team MAS

Menyatukan rakyat Malaysia dalam satu gerakan sokongan nasional untuk meraikan perjuangan atlet negara.

Please publish modules in offcanvas position.