Privasi dan Penggunaan Maklumat
Perbualan dan interaksi pengguna dengan NURA, termasuk pertanyaan dan jawapan yang diberikan, direkodkan bagi tujuan operasi, pemantauan prestasi, analisis penggunaan, latihan serta penambahbaikan sistem chatbot.
Rekod interaksi ini turut digunakan untuk menyokong modul pembelajaran sistem (Learning Mode / Learner), termasuk mengenal pasti pertanyaan yang tidak berjaya dijawab, menilai ketepatan jawapan dan membantu pentadbir meningkatkan pangkalan pengetahuan chatbot.
Proses pembelajaran ini tidak semestinya melibatkan latihan semula model kecerdasan buatan secara automatik.
Pengguna dinasihatkan supaya tidak memasukkan kata laluan, nombor pengenalan, maklumat kewangan atau maklumat peribadi yang sensitif dalam ruang perbualan.
Pengurusan rekod dan maklumat pengguna adalah tertakluk kepada dasar keselamatan, privasi serta tatacara pengurusan data yang berkuat kuasa.