Kembara JOM merupakan sebuah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.

Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan untuk arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].

Antara kandungan utama kepada pindaan Akta 668 termasuk penurunan definisi had umur belia kepada 30 tahun, penetapan had umur ketua ataupun pemegang jawatan pertubuhan belia iaitu 18 hingga 30 tahun dan mengehadkan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat (4) tahun. Pindaan Akta 668 telah diluluskan di Parlimen pada tahun 2019 dan akan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Please publish modules in offcanvas position.