CAWANGAN PEMANTAUAN PROJEK
- Mengurus dan menyelaras urusan berkaitan tanah KBS termasuk proses permohonan baharu, pajakan, sewaan pelupusan dan mengemaskini rekod tanah KBS.
- Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tanah Kementerian (JPTK) KBS.
- Menyelaras, mengurus dan memantau pelaksanaan projek naik taraf kemudahan sukan.
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek KBS yang dilaksanakan oleh JKR.
CAWANGAN TEKNIKAL
- Menyelaras dan memberi khidmat nasihat berkaitan kerja-kerja teknikal bagi semua projek pembangunan di bawah KBS.
- Menyediakan laporan teknikal bagi setiap projek pembangunan.
- Melaksana dan memantau pelaksanaan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).
- Memastikan kerja-kerja teknikal berkaitan semua projek pembangunan dilaksanakan dengan lancar dan teratur mengikut jadual.
- Memastikan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan daripada aspek pembinaan, keselamatan dan kesihatan.
- Urus setia Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja (APK), Kelulusan Kuantiti Sementara (KKS), Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT), Wang Peruntukan Sementara (WPS) dan Jawatankuasa Perolehan Melalui Kontrak (JKPMK).
- Urus setia Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP).
- Menyemak dan memperaku dokumen pembayaran kontraktor bagi projek-projek yang dilaksanakan secara in-house.
- Menjalankan kerja-kerja penyeliaan ke atas perunding projek.
- Pengurusan perolehan kerja/ peralatan bagi projek fizikal KBS yang dilaksanakan secara in-house.