Berita KBS

BERITA KBS

Lawatan ke Majlis Belia Malaysia (MBM) - Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MYVOC)

3 Disember 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan mengadakan lawatan ke Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi melihat sendiri gerak kerja semasa MBM melalui Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MYVOC) di bawah #projectunderwear dalam Misi Bantuan Banjir.

 #Projectunderwear memberi fokus kepada sumbangan berupa pakaian dalam dan tuala wanita, seluar dalam lelaki dan set ubat gigi yang akan diagihkan kepada mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan (PPS) di negeri-negeri terlibat dengan musibah ini.

Inisiatif yang turut dikuasakan oleh Rakan Prihatin ini mensasarkan bantuan awal sebanyak 3,000 pek untuk diedarkan di beberapa buah PPS di Kelantan dan Terengganu.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Kongsi: f 𝕏