Berita KBS

BERITA KBS

Regional NAM Youth Summit

24 Februari 2025, Kuala Lumpur - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Regional NAM Youth Summit bertempat di Kuala Lumpur.

Dianjurkan secara bersama oleh Non-Aligned Movement Youth Organisation (NAMYO) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bermatlamat menjadi platform untuk memperkukuhkan kerjasama serantau serta memperkasakan peranan belia dalam isu-isu global.

Persidangan yang berlangsung pada 23 hingga 26 Februari 2025 ini menghimpunkan lebih 200 peserta dari 17 negara, termasuk wakil-wakil dari Azerbaijan, Bangladesh, Indonesia, Malaysia, dan Thailand.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #MADANIBekerja  #KitaSemuaTeamMAS

Kongsi: f 𝕏