Berita KBS

BERITA KBS

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka

Melaka, 11 Ogos 2023 - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS turun padang meninjau perkembangan projek menaik taraf fasiliti sukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Lawatan turut dihadiri oleh YBrs. En. Mohd Azhari bin Mohammad, Ketua Pengarah JBSN, YBrs. En. Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan, KBS dan YBrs. En. Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah JBSN Melaka untuk turut serta melihat keadaan fasiliti dan kemudahan sukan di sekitar KOMBES Melaka.

Disamping itu, YBhg. Ts. Dr. KSU berkesempatan menyantuni pengurusan tertinggi dan Kakitangan JBS Melaka. Beliau telah menyampaikan amanat ringkas sebagai panduan untuk Kakitangan JBS Melaka lebih komited dalam menjalankan amanah pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
Kongsi: f 𝕏