Berita KBS

BERITA KBS

Program Langkah KASIH Merdeka KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual

Putrajaya, 8 Ogos 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke Program Langkah KASIH Merdeka KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual.

Program ini merupakan antara program bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2023 Peringkat KPWKM.

Program dimulakan dengan acara pelepasan Flag Off Fun Walk yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Seramai 500 orang peserta terdiri daripada warga KPWKM serta kumpulan sasar Kementerian telah menyertai Fun Walk ini sebagai tanda solidariti dan kebersamaan dalam menangani isu gangguan seksual selain memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap individu.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
Kongsi: f 𝕏