BERITA KBS
Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan 2025
26 Julai 2025, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Kejohanan yang berlangsung dari 24 hingga 27 Julai ini menghimpunkan lebih 2,000 atlet dari seluruh negara, melibatkan lima disiplin utama sukan tempur iaitu silat, wushu, karate do, muay thai dan gusti.
Selain mencungkil bakat baharu dan menilai prestasi atlet ke peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan Asia, kejohanan ini juga mencerminkan komitmen KBS terhadap nilai Malaysia MADANI, khususnya aspek kesejahteraan dan penyertaan masyarakat dalam sukan tanpa mengira latar belakang.
Ia turut menjadi platform untuk menyemai semangat disiplin, keyakinan dan kesukanan dalam kalangan atlet muda.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
