BERITA KBS
Majlis Pemeteraian dan Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Malaysia dan Brunei Darussalam dalam Bidang Kerjasama Belia dan Suka
Putrajaya, 3 Ogos 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman dalam bidang kerjasama belia dan sukan bersama rakan sejawat beliau iaitu Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 3 Ogos 2023.
Selanjutnya, kedua-dua Menteri telah menukarkan MOU tersebut dalam satu Majlis yang disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan KDYMM PSB Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis Pemeteraian dan Pertukaran MOU tersebut telah diadakan bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-24 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.
Pemeteraian MoU ini memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik erat di antara kedua-dua negara dan meneruskan kerjasama yang telah terjalin semasa MoU pertama yang ditandatangani pada 2 Julai 2011.
YB Menteri diiringi oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Dr Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian (Hubungan Antarabangsa).
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI