Berita KBS

BERITA KBS

Program Advokasi Badan Sukan Kebangsaan Tahun 2023

YB Hannah Yeoh hadir merasmikan Program Advokasi Badan Sukan Kebangsaan Tahun 2023 di Dewan Banquet Casa 4 MSN, Bukit Jalil.

Program dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan amalan tadbir urus dan tatakelola yang tertib, berintegriti dan unggul dalam kalangan badan sukan terutamanya berstatus kebangsaan.

Program turut diisi dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang dipimpin oleh Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Dato’ Chong Kim Fatt.

Program turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
Kongsi: f 𝕏