BERITA KBS
Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) 2025
8 November 2025, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, hadir menyempurnakan Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) 2025.
ARPRM merupakan inisiatif strategik utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diadaptasi daripada The Duke of Edinburgh’s International Award. Program ini bertujuan memperkukuh peranan Rakan Muda dalam membentuk belia berusia antara 14 hingga 24 tahun agar memiliki ciri kepimpinan, jati diri yang kukuh serta semangat kesukarelawanan yang tinggi.
Pada tahun ini, seramai 76 orang penerima Tahap Emas telah ditauliahkan, menjadikan jumlah keseluruhan penerima Tahap Emas kini melebihi 1,886 orang sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2000.
Tahap Emas merupakan pengiktirafan tertinggi dalam program ARPRM yang bukan sahaja menzahirkan kecemerlangan individu, tetapi turut berperanan sebagai platform pembangunan kepimpinan dan keterlibatan belia di peringkat antarabangsa.
KBS berharap agar semua penerima anugerah serta Badan Operasi ARPRM akan terus komited dalam memperkukuh pelaksanaan inisiatif 10 Gaya Hidup Rakan Muda, seiring dengan aspirasi untuk melahirkan generasi belia MADANI yang berdaya tahan, berwawasan dan berperanan aktif dalam pembangunan negara.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
