Berita KBS

BERITA KBS

Majlis Perasmian Hari TVET Negara (HTN) 2026

6 Jun 2026, Putrajaya - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Perasmian Hari TVET Negara (HTN) 2026 di Dataran Putrajaya.

Bertemakan “TVET Pilihan Utama Kerjaya”, HTN 2026 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghimpunkan pelbagai kementerian, agensi, institusi TVET, pemain industri, usahawan, pelajar dan komuniti bagi memperkukuh ekosistem TVET negara.

HTN 2026 membawa mesej bahawa TVET bukan lagi sekadar laluan alternatif, tetapi pilihan utama untuk membina kerjaya berkemahiran tinggi yang relevan dengan keperluan industri dan ekonomi masa hadapan.

Dilaksanakan di Dataran Putrajaya pada 5 hingga 7 Jun 2026, HTN 2026 merangkumi pameran TVET, kerjasama industri, seminar, karnival kerjaya, keusahawanan, pertandingan kemahiran dan aktiviti hiburan berinformasi.

Hadir sama YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Kongsi: f 𝕏