Berita KBS

BERITA KBS

Engagement Dinner 2026 - 3rd Malaysia-China International Industry-Education Cooperation Forum & 5th Malaysia-China Vocational Education Fair 2026

6 Jun 2026, Bangi, Selanor - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET), hadir di Malaysia-China TVET Engagement Dinner 2026 yang diadakan sempena 3rd Malaysia-China International Industry-Education Cooperation Forum & 5th Malaysia-China Vocational Education Fair 2026.

Forum ini menghimpunkan institusi TVET, industri, agensi kerajaan dan delegasi pendidikan dari Malaysia serta China bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan bakat, pendidikan TVET, pemindahan teknologi dan mobiliti antarabangsa.

Kehadiran lebih 120 pemimpin institusi TVET dari China mencerminkan hubungan strategik kedua-dua negara yang semakin kukuh.

Majlis turut menyaksikan pertukaran sembilan Memorandum Persefahaman (MoU) dan perjanjian kerjasama strategik antara institusi TVET Malaysia dan China.

Hadir sama YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI

Kongsi: f 𝕏