Berita KBS

BERITA KBS

Himpunan Rakan Muda MADANI

7 Jun 2026, Sungai Petani, Kedah - Gelombang Rakan Muda MADANI kini menyemarakkan Kedah menerusi penganjuran Himpunan Rakan Muda MADANI bertempat di Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani.

Bertemakan 10 gaya hidup, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mana turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari.

Selain itu, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan cek cura Geran SejaTi MADANI X Belia kepada 7 pertubuhan belia.

Seterusnya, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan cek cura Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir kepada Kelab Rakan Muda Parlimen Pendang.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KBS, Dato' Rahimi Ismail.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kongsi: f 𝕏