Berita KBS

BERITA KBS

Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 Melaka

13 Jun 2026, Melaka - YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan turun padang ke Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 Melaka.

Bertempat di Kg. Paya Redan, Ayer Molek, KIBAR 2026 meneruskan perjalanan ke lokasi ketiga sebagai platform mendengar secara langsung suara, aspirasi, cabaran dan inspirasi belia akar umbi.

Pelbagai pengisian disusun, daripada sesi dialog santai, perkongsian ilmu hingga aktiviti interaktif bersama komuniti.

Program ini juga membuka lebih banyak ruang dan akses kepada belia, khususnya yang tidak berpersatuan, untuk mendekati peluang, jaringan serta inisiatif yang ditawarkan kerajaan.

Kongsi: f 𝕏