BERITA KBS
Kunjungan Hormat Persatuan Sukan Bermotor Malaysia
15 Jun 2026, Putrajaya - YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Mohammed Rhiza bin Ghazi, Naib Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara KBS dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia, di samping bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa sukan permotoran serta usaha memperkasakan ekosistem sukan negara.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MADANIBekerja #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI
