Berita KBS

BERITA KBS

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M

17 Jun 2026, Putrajaya - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M.

Sambutan yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS, yang mengetuai kontinjen KBS bagi memeriahkan majlis tersebut.

Kehadiran kontinjen KBS mencerminkan komitmen kementerian dalam memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam dan mempererat perpaduan ummah.

Bertemakan “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, sambutan tahun ini bertepatan dengan semangat hijrah Rasulullah SAW yang menjadi titik permulaan pembinaan tamadun Islam yang unggul menerusi pembentukan Negara Madinah, sekali gus menjadi inspirasi dalam memperkukuh perpaduan, kesejahteraan dan kemajuan ummah.

Kongsi: f 𝕏