BERITA KBS
Program ISN INSPIRE 2023
Bukit Jalil, 22 Ogos 2023 - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan merasmikan Program ISN INSPIRE 2023 bertempat di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara.
Pelaksanaan Majlis ISN Inspire adalah bersempena sambutan Hari Ulang Tahun ISN yang ke-12 pada 16 September 2023.
Pelbagai inisiatif-inisiatif baharu ISN diperkenalkan bertepatan dengan peranan ISN sebagai sebuah agensi sukan berprestasi tinggi negara yang bertunjangkan sains, perubatan dan teknologi sukan.
Bertemakan “It’s time to inspire” juga merupakan simbolik kepada peranan penting ISN di dalam kemajuan sukan negara dan tekad warga ISN bagi meneruskan legasi kecemerlangan di masa hadapan.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
